Pages

Thursday 28 July 2011

kenapa anak bulan jd panduan untuk ramadhan & raya????



"kau boleh puasa full ke tahun ni", "alamak puasa tahun lepas aku tak ganti lagi", macam - macam soalan bila dah sampai bulan puasa ni. bila sampai puasa kita puasa, bila sampai raya kita raya; tapi pernah ke kite terpikir kenape kite puasa n raya kene tgk anak bulan?. ok skang ak nak kongsi sikit ape yg ak dapt..

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar, dan bulan bercahaya, dan ditetapkan manzilah-manzilah bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” [TMQ Yunus (10):5].

Pengamal kaedah hisab menyatakan bahawa puasa Ramadhan boleh ditetapkan dengan memperhatikan perjalanan bulan berdasarkan mafhum ayat ini. Mereka menyatakan bahawa diciptakan matahari dan bulan agar kita mengetahui bilangan tahun dan bulan. Atas dasar ini, kita juga boleh menentukan bila masuknya bulan Ramadhan dengan cara perkiraan (hisab). Sebenarnya ayat ini dan ayat-ayat yang hampir sama maknanya, tidak sama sekali menunjukkan perintah untuk memulai puasa Ramadhan dengan hisab. Ayat ini hanya berhubungan dengan kegunaan diciptakan matahari, bulan dan manzilah-manzilahnya (kedudukan), yakni untuk mengetahui bilangan tahun dan waktu.

“Berpuasalah kalian apabila melihat hilal (anak bulan), dan berbukalah (berEidul Fitri) kalian apabila melihat hilal. Dan jika hilal itu tertutup dari (penglihatan) kalian, maka sempurnakanlah (genapkanlah) bilangan bulan Sya’ban itu 30 hari.” [HR Bukhari dari Abu Hurairah]. 

ak harap pasni korang bukan suke2 puasa n raya ye (+) tak ada malu kalo orang bukan islam tanya kan2..hehe. kalau korang nk tahu lg lanjut check it out r blog sahabat ni http://marjanmunawarah.wordpress.com....selamat berpuasa.

 

Wednesday 27 July 2011

tarikh melihat anak bulan & tempat melihat anak bulan ramadhan 2011





Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julaibersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.


Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).


Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. – Bernama

Tuesday 26 July 2011

Rakyat malaysia kehausan..jengx3

assalamualaikum w.b.t n selamat sejahtera semua....dekat sana aku dah dengar....dekat sini pun aku dah dengar...ape lagi belah sana, macam2 aku dah dengar. MALAYSIA VS SINGAPORE, orang ramai sekarang berpusu - pusu pergi tiga stadium ni stadium nasional bukit jalil, stadium mbpj, n stadium shah alam.
ni gambaran orang ramai beratur membeli tiket:(sumber akmalhilmi.com )



ni kes gila kentang. kepada sesiapa yang betul bersemangat waja, boleh lah tidur awal dan rehat yang cukup untuk pergi beli tiket. kepada yang terlepas tidak mengapa, kita doakan kejayaan pasukan negara kita.