Pages

Wednesday, 31 August 2011

makhluk yang idop bersama aku sewaktu raya

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

bulan syawal = hari raya aidilfitri...bila raya masyarakat malaysia beragama islam meraikannya..kerana itulah hari kemenangan bagi umat islam lepas sebulan berpuasa...orang lain sibuk pulang ke kampung...beraya kesana kesini dengan niat ziarah.

 tapi aku...beraya di kedai mamak..haha..ni lah die kawan-kawan aku yang meneman aku..hehe




along n azam...order air sampai kene lima kali kn..haha



plessing skit blog aku 2..haha..2 paez..
 



fuyoo ni aben...baru first time bli roko..haha

 sampai bila cmni..hahaha

tragedi malam raya

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG


hye!!!!...udah hampir seminggu idak ketemu..haha...selamat ari raya smue ye..dah masuk raya ke-2 kita di bulan syawal ni, raya aku tahun ini sama macam tahun-tahun yang lepas..tapi mungkin jumaat ni raya aku akan jadi bahagia..sebab kawan-kawan aku bekas pelajar sekolah kebangsaan sungai merab luar nak datang ziarah aku.hehe

 ok!!..lupakan pasal tu dulu...hehe..apa aku nak ceritakan ialah sewaktu aku keluar membeli-belah untuk raya ni..tragedi bermula waktu aku habis berbuka puasa dengan brado_bears di time square..dalam perjalanan balik di traffic light...

lampu merah di lampu isyarat..biasalah mesti orang lain berhenti lepas tengok isyarat tu kan...kalo tak berhenti maknanya melanggar undang-undang tu... adalah kereta sebelah kereta aku ni..penghuni dalam kereta tu dua orang kaum hawa lengkap bertudung..dua orang lagi kaum adam..1 satu couple duduk sit depan..lagi 1 couple duduk sit belakang..itu ak tak kisah sangat.


 tapi tak sampai beberapa saat...ak toleh je sebelah kiri aku...pasangan tu tengah syok bercumbu-cumbuan..ASTAGFIRULLAHALAZIM....terbeliak mata aku pandang diorang..salah seorang dari kaum hawa itu terperasan aku melihat diorang...tindakan aku adalah aku mengangkat tangan kearah kaum hawa itu sambil menggelengkan kepala aku.

 tak takut ke diorang dengan yang MAHA ESA..

Thursday, 25 August 2011

majlis berbuka puasa dengan pekerja phifer electronic engineering

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

 tanggal 24/08/2011 bersamaan 24 ramadhan majlis berbuka puasa yang telah dianjurkan oleh phifer electronic engineering( tempat ak praktikal ) alhamdullilah telah berjalan lancar.

 barisan pakar yang menghabiskan makanan adalah bob(ak la 2), ilman, azam, rizal, ayin, ayong, khoo, patrick, sam, mr. ben lee(bos), jessie(bos wife)...bos ak yang berbangsa cina ni yang support semua perbelanjaan..hehe

 menu yang dipilih adalah seafood: ikan siakap sweet sour, kailan ikan masin, sayur goreng, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, ketam goreng berlada, ketam kicap, lala, ayam goreng tepung, nasi putih.

 air yang dipilih: jus carrot susu, air kelapa, air tembikai, air epal, aie suam

 pencuci mulut: jeli (mix flavour) ngan buah-buahan

 snek: keropok udang ngan keropok sotong

 seronok teramat sangat buka puasa tadi..yela makan free kn..hehe...terima kasih mr. ben lee..yang penting esok dapat gaji ngan duit raya..hehe..sekian

 maaf la ye..tak dapat nak ambil gambar masa makanan sampai..sebab nak kena fokus..haha

Wednesday, 24 August 2011

nak kad raya?...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....bulan ramadhan dah nak sampai ke penghujung, bulan syawal pula bakal menyusul..poket pula bakal kering..hehe...lagu-lagu raya pun dah banyak dimainkan di radio-radio, makcik yang berniaga dekat bazar pun dah bukak lagu raya..hehe...

 kad raya?..kad ucapan?..juz berlainan dari segi ejaan, sebutan dan bilangan huruf.....sesetengah orang mengatakan kad raya ni dah ketinggalan zaman..memang cara memberikan kad raya kepada kawan-kawan telah lama digunakan, tetapi adakah kita tahu perasaan seseorang itu bila menerima kad raya??..perasaan itu susah nak digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya bila dapat kad raya itu....

seronok bila tengok orang lain dapat kad raya..tapi ak tak ada pun pengalaman dapat kad raya..hehe..tapi aku tahu apa perasaan bila dapat kad raya tu..hehe..( harap2 ada la orang sudi bagi tahun ini..hehe)





simple but nice...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua readers n blogger

Monday, 22 August 2011

SEGMEN: KAMI BLOGGER PRIHATIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG


ni kali pertama aku join segmen beramal macam ini..lagi-lagi yang dianjurkan oleh BEN ASHAARI plak tu...tujuan segmen ini untuk support "TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA"...

 nk join tak???:: click here



 sesungguhnya kemuliaan anda itu tidak nampak di dunia tetapi kemuliaan anda adalah disisi ALLAH S.W.T

 "jika terdetik keikhlasan di hati anda untuk menderma, layari laman ini:
http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

" BANTULAH BAGI YANG MEMERLUKAN"

david villa hina islam?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

 mungkin aku terlambat dengan berita ni kan..hehe..yela bukan orang senang nak pakai internet..hehe...semalam dalam keadaan boring-boring aku pon BW la....hehe..terjumpa satu entri ini......"DAVID VILLA HINA ISLAM" oleh andyhowtt..disebabkan aku ini orang islam dan pakej peminat bola sepak tertarik dengan entri ini...hehe

apa yang mengejutkan ialah pergaduhan yang tercetus diantara Villa dan Ozil, ini kerana Ozil mengatakan yang Villa telah menghinanya dan menghina agamanya iaitu Islam, mungkin ramai yang tidak yang yang Ozil merupakan orang islam.

video ni menunjukkan betapa marahnya mesut ozil...

ini merupakan kenyataan Ozil berkenaan insiden itu

“I did this because I was defending my religion because David Villa insulted Islam.”
dan disebabkan ini ramai penguna twitter yang bercerita tentang hal ini

sumber::andyhowtt.com

Sunday, 21 August 2011

persiapan aidilfitri 2011


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

alooop semua reader...wah pejam celik pejam celik seminggu je lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan al-mubarak ni...sedihnya rase sebab bulan ramadhan ni banyak peluang-peluang untuk mendapat keberkatan dari yang Esa. tapi nak buat macam mana masa ini sentiasa berjalan kita tak boleh nak berhentikan..ok stop sampai situ dulu..hehe...

kuih raya
macam mana dengan persiapan nak sambut raya aidilfitri ni??..semua da prepare ke?..hehe..minggu lepas family aku dah mula buat kuih raya..wah pecah rumah meriahny..hehe...ada kuih yang jadi..ada kuih yg hangus..hehe.nasib baik aku ni dilahirkan berbakat dalam membuat kuih..hehe..tapi tetap tak boleh challenge mak aku punya kuih..terbaikkkkkkk dalam alam ni..xda sapa leh lawan la..hehe


ni la die kuih hasil titik peluh ak..hehe..CHOCOLATE CHIP..

cat rumah
pukul 9.00a.m pakcik mohmood zin@bapak ak la..hehe..da kejut ak bangun dari tidur yang nyenyak ditemani bantal bosok aku..ish2 potong tol..hehe..ak pon bgn terus bapak aku bagi aku batang pengecat.terkedu aku kejap..hehe..start kol 10.00a.m sampai kol 3.00p.m ak ngecat..letih tol ak diraging ayah sendiri..hehe..tapi takpe aku puas dengan hasil kerja aku..hehe...
  hasil kerja aku..pink colour wooooo...hahaha

bila sam[ai time nak raya ni..semua nak baru..apa kata kita amalkan sift kesederhanaan je..kan senang takda nak membazir..hehe...aku sibuk cantikkan rumah tapi diri aku ni belum ada ape-ape persiapan lagi...nak buat macam mana..takda orang sponsor..sape nak sponsor aku..hehehe..sekian

Wednesday, 17 August 2011

16 september 1963: penubuhan MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG



sempena bulan kemerdekaan ni...semangat patriotik membakar-bakar kat dalam jiwa ni..hehe..so terpikir nk wat entry ni..selain 31 ogos 1957 ada tarikh penting lagi iaitu 16 september 1963...tarikh ni macam-macam sejarah telah dicipta..


ni sedikit gambaran peristiwa 16 september 1963

sebelum 16 september ni banyak lagi tarikh-tarikh penting dan usaha-usaha untuk mencapai kata putus ini..semuanya ada kat sini

sumber entry:: http://www.arkib.gov.my


pencipta bendera MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

sekarang orang ramai sibuk berpuasa serta ada yang sudah sibuk dengan persiapan nak raya..bulan ramadhan tahun ini jatuh pada bulan ogos..iaitu bulan kemerdekaan, dah 54 tahun negara kita merdeka kan?..pernah tak kita tahu siapa yang mencipta bendera MALAYSIA..


inilah die pecipta bendera MALAYSIA atau jalur gemilang..sedikit biodata beliau allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman.

inilah lakaran allahyarham yang dihantar untuk pertandingan


Dokumen ini telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed Bin Hamzah dan tandatangan yang terdapat pada dokumen ini dan lakaran bendera di atas adalah sama.

dengan bukti-bukti yg di cari ternyata allayarham Mohamed Bin Hamzah adalah pencipta bendera MALAYSIA yang kita banggakan ini.

Wednesday, 10 August 2011

kaunter dan cara bayaran ZAKAT

bila dah masuk ramadhan ni banyak kelebihan dan tanggungjawab perlu dilakukan sebagai umat islam..seperti membayar zakat adalah satu ibadah wajib..terang-terang dah tertera dalam rukun islam yang ke-empat..

info ni boleh membantu untuk menunaikan ibadah zakat ni..mengikut sumber pusat zakat bukak selama seminggu..so mungkin xda alasan la tak boleh bayar zakat..hehe

kalo buzy sangat2 la kan da byk CARA nak bayar sekarang..contoh: bayar secara potongan gaji, perbankan internet, pejabat pos dan macam2 lagi lah..hehe

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH ZAKAT...



kehangatan aidilfitri sudah hilang

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

baru je nak lengkap 2 minggu kite menahan lapar dan dahaga...rasa macam belum puas lagi berpuasa..tetapi lagu-lagu raya banyak dimainkan oleh peniaga-peniaga dan disegenap radio.

rasa macam belum patut lagi la nak mainkan genre-genre lagu macam tu..banyak lagi lagu-lagu yang boleh menceritakan kebaikan bulan ramadhan ni...tak salah pun bukak lagu-lagu yang banyak menerangkan kemuliaan bulan ramadhan ni..

itu juz pandangan orang disini je...hehe...tapi kan lagi syok kalau pasang lagu raya macam 1 minggu sebelum aidilfitri ke..hehe..nk raya, raya gak...jangan kite lupa nk bayar zakat pulak bagi yang dah wajib ye..hehe




Tuesday, 9 August 2011

punca, kawal, bagaimana mengatasi kemarahan..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SAYANG

dimarah, then nak marah..terus aku buat entry ni..ni semua untuk semua pembaca dan nasihat untuk diri sendiri, kawan-kawan dan semua manusia....


Apakah itu marah?
• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak
terkawal

Apa yang berlaku apabila anda marah?
• Degupan jantung meningkat
• Tekanan darah meningkat
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek
• Mengalami ketegangan otot-otot
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan
badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul?
Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang,
sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.
Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang
menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.
Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat
sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa anda merasa marah?
Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda
benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang
sederhana.
Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan
mencetus keadaan marah yang lebih teruk.
Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi
terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan
menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda
terlewat untuk menduduki peperiksaan.
Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda.
Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak
rasional.

Apakah kebiasaan punca kemarahan?
• Dicederakan
• Ditipu
• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
• Terbiar tanpa diendahkan
• Hilang upaya mengawal
• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan 

Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi
terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan.
Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk
melawan atau mempertahankan diri.
Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan
diri sendiri.

Kenapa perlu mengawal perasaan anda?
Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda
meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda
melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat.
Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka
secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana
perasaan marah yang tidak terkawal.

Apakah kesan marah kepada anda?
Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri.
Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati sematamata
dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda
sendiri.
Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan
dengan jalinan perhubungan.
Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:
• Bersifat negatif
• Suka mengkritik
• Bersifat mengejek/ Suka menyindir
• Bersifat ganas

Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?
Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan
anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan
tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali).
Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi,
penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok).
Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara
yang paling terbaik dan berkesan.
Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai
sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan
orang lain.
Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud
menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?
Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan
pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah
anda kepada perilaku anda yang lebih membina.
Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda
sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit
gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas
dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?
Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah
mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan
kemungkinan anda menjadi marah.
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya
anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah
dengan:
o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
o Membina daya ketahanan diri terhadap stres
Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan
cetusan kemarahan

Bagaimana menangani kemarahan orang lain?
Kenal pasti perasaan marah mereka.
Tenangkan diri anda.
Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.

Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?
Berwaspada terhadap hal - hal yang boleh menyebabkan orang lain marah
Elak lakukan perkara - perkara yang biasa membuat orang lain marah
Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:
• Ahli keluarga
• Kawan
• Guru
• Kaunselor
• Pakar Psikologi

SAFEE SALI -----> BUNDES LIGA????

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

khabar angin tentang safee sali dirisik salah satu kelab dari bundesliga sedang bertiup kencang..bagai ditiup angin selat melaka..haha...penyerang sensasi skuad harimau malaya ini dilamar oleh kelab dari bundesliga menimbulkan desas desus di kalangan penyokong harimau malaya dan rakyat malaysia..penyerang yang berbakat ini masih lagi bermain untuk pelita jaya belum lagi memberi kata putus dan kedua-dua pihak belom lagi memberi keputusan yang rasmi.


penyerang berbisa ini mula di intai oleh kelab dari luar sejak menjadi penjaring gol terbanyak di piala AFF 2010..2 gol ketika persahabatan bersam pasukan EPL iaitu liverpool dan 3 gol ketika menentang singapura baru-baru ini. walau apa-apa pun keputusan yang diberi oleh kedua-dua pihak rakyat malaysia berbangga dengan prestasi safee sali dan pasukan negara.


mungkin sebab iklan oleh nike ni kot safee sali dipilih..hahaha

jadual PIALA MALAYSIA 2011...



ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG 

hurrmmm..agk lme piala malaysia kite menyepi kan??...wira kita sibuk dengan perlawanan - perlawanan antarabangsa..tidak lama lagi akan bermula aksi-aksi liga malaysia...kat sini jadual liga malaysia..

JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak
KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan
KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC
KUMP D -> PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd
KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda
KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
1 - D2 vs A1, A1 vs D2
2 - C2 vs B1, B1 vs C2
3 - B2 vs C1, C1 vs B2
4 - A2 vs D1, D1 vs A2

SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
5 - Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1
6 - Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)
Pemenang 5 vs Pemenang 6
 
ni dia jadual  PIALA MALAYSIA..mungkin nanti ad ape - ape perubahan kot..kita nantikan k....tapi yang paling seronok final PIALA MALAYSIA adalah birthday aku..hahahaha...salam








Tuesday, 2 August 2011

MALAYSIA katakan TIDAK kepada sharing website

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG UNTUK SEMUA

kalau korang semua ada perasan kan...kebanyakan sharing website da di block oleh kerajaan MALAYSIA...mungkin kaki download ni perasan lah kot..kat sini ada 10 website yang dah di block


ini dia 10 website yang ak maksudkan itu....kompom sekarang ni kaki download ni ngah cari alternatif lain kan..hehehehe....DONT BE A PIRATE K....hehe..sumber entri dr thestaronline.com

terus terang, belok gelap: famous dish @ bazaar RAMADHAN

terus terang, belok gelap: famous dish @ bazaar RAMADHAN: "ASSALAMUALAIKUM W.B.T Bila sampai bulan RAMADHAN macam difikirkan oleh masyarakat malaysia yang kebanyakannya umat islam. contohnya, bulan ..."

famous dish @ bazaar RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Bila sampai bulan RAMADHAN macam difikirkan oleh masyarakat malaysia yang kebanyakannya umat islam. contohnya, bulan ni bulan untuk mengejar pahala yang tiada di bulan2 lain, berhenti merokok, diet, bulan jimat n so on. bulan ramadhan juga menghidangkan pelbagai jenis makanan yang jarang boleh dilihat seperti::

ayam golek

my favourite popiah basah

tuuu dia cendoi (cendol)

agar2 pelangi ( ye r kot..haha)

nampak hampir serupa tp lain2 jenis

air pon da pening nak pilih...

ikan bakaq..tebakaq ati tgk..hehe

roti john..

tu diaaa juadah2 yg meletop2 la time bulan pose ni, kalau sekali datang kompom nk borong semua..hehe...tp beringat la ye, bulan pose ni ad sebulan bukan sehari je...jangan tamak sangat..kang nanti da beli semua da tak larat nk makan...so makan, makan juga ye jangan lupa nak tunaikan  yang wajib...last la ye JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT BAGI YANG DAH LAYAK TU...HEHEHE...