Pages

Wednesday 17 August 2011

pencipta bendera MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SAYANG

sekarang orang ramai sibuk berpuasa serta ada yang sudah sibuk dengan persiapan nak raya..bulan ramadhan tahun ini jatuh pada bulan ogos..iaitu bulan kemerdekaan, dah 54 tahun negara kita merdeka kan?..pernah tak kita tahu siapa yang mencipta bendera MALAYSIA..


inilah die pecipta bendera MALAYSIA atau jalur gemilang..sedikit biodata beliau allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman.

inilah lakaran allahyarham yang dihantar untuk pertandingan


Dokumen ini telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed Bin Hamzah dan tandatangan yang terdapat pada dokumen ini dan lakaran bendera di atas adalah sama.

dengan bukti-bukti yg di cari ternyata allayarham Mohamed Bin Hamzah adalah pencipta bendera MALAYSIA yang kita banggakan ini.

No comments:

Post a Comment